"ZAYN, please,
let me explain!” Jazleen cuba tarik beg Zayn tapi macam tadi, lelaki itu
memilih untuk tidak melayan dia.
“Zayn, sayang…please!” Jazleen cuba merayu lagi dan kali ini dia dapat apa yang
dia inginkan; reaksi dari Zayn. Tapi sayangnya bukan reaksi yang diharapkan.
Riak wajah Zayn. Pandangan mata Zayn. Nada suara Zayn. Bukan seperti Zayn yang
dia kenali selama ini.
“Shut the hell up! Don’t ever call me that
again! Ever!”
Jazleen
terkedu. Zayn tak pernah sekasar ini
dengan dia. Zayn tak pernah semarah ini dengan dia. Ya Allah, apa yang aku dah
buat ni? Pelupuk mata Jazleen dah mula panas. Entah kenapa dia dapat rasakan
ini akan jadi pertemuaan terakhir dia dengan lelaki ini.
Jazleen
tarik nafas dalam-dalam. No, Jaz. You
cannot give up. Pujuk dia. Terangkan hal yang sebenarnya pada dia. If he really loves you, he’ll listen.
“Zayn…”
Tapi
belum sempat dia hendak habiskan ayat, Zayn dah angkat tangan, isyarat supaya
dia berhenti bercakap.
“We’re done.”
Hanya
dua patah perkataan itu yang keluar dari mulut Zayn sebelum dia berlalu
meninggalkan Jazleen yang dah terduduk di atas rumput dan tergamam.
“Jaz…”
That’s it?
“Jaz…”
Dia
tak nak dengar penjelasan aku?
“Jaz…”
Dia
tak nak tahu kenapa aku buat semua ni?
“Jazleen!”
Jazleen
tersentak. Mata memandang sekeliling. Ini bukan taman tempat dia dan Zayn
selalu jumpa. Ini…
Jazleen
tarik nafas dalam. Ya Allah, boleh dia
mengelamun dalam waktu macam ini. Aduh, malunya!
Jazleen
pandang satu persatu wajah mereka yang ada di meja makan itu. Setiap seorang
memandang dia dengan wajah penuh tanda tanya. Kecuali seorang. Jazleen
cepat-cepat alihkan pandangan dari terus memandang Zayn yang duduk bertentangan
dengan dia. Dia tidak berani hendak melihat apa yang tersirat dalam pandangan
lelaki itu.
“Are you ok, babe?” soal Ady. Risau. Pelik betul perangai
kawan dia malam ini.
Jazleen
senyum nipis. Tak, dia tak ok. Tapi takkan nak jawab macam itu waktu macam ini.
Jadi dia beri jawapan paling klise dalam dunia, sambil pandang wajah ibu bapa
Ady.
“Yes, I’m ok. Maaf, mungkin sebab penat kerja tadi.”
Sharifah
Hasnah tersenyum simpati.
“It’s ok, dear. Maaflah, mama ajak datang
makan hari bekerja macam ini. Patutnya kita tunggu hujung minggu saja.”
Jazleen
rasa nak tercekik. Mama? Aduh…kacau!
“Dah, makan dulu. Nanti lepas makan, Ady
hantar Jaz balik rumah. Hujung minggu ni kita buat makan-makan lagi. Masa tu
baru kita borak-borak panjang.”
Jazleen
dah serba salah. Nak jumpa lagi? Ady yang sedang ralit menyuap nasi dijeling
dengan ekor mata, mengharapkan teman lelaki olok-olok dia akan membantu tapi
Ady masih dengan muka selamba menyuap nasi. Mamat ni bukan main berselera pula
dia makan!
Tiba-tiba
Zayn ketawa kecil. Di telinga orang lain, mungkin dengar macam ketawa biasa.
Tapi di telinga Jazleen, dia yakin sangat Zayn sedang sinis ketawakan dia.
Dendam lelaki ini belum habis rupanya.
Jazleen
tunduk menyuap nasi. Kesat, macam makan pasir sahaja rasanya. Ya Allah,
cepatlah malam ini berlalu… Selesai
makan, Jazleen membantu Adila dan Puan
Sharifah Hasnah bersihkan meja makan walaupun berkali-kali diminta supaya duduk
sahaja di ruang tamu bersama Tuan Syed Roslan, Ady dan Zayn.
Berada
dalam ruang yang sama dengan Zayn adalah perkara terakhir yang dia inginkan.
Dah tak daya lagi rasanya dia nak menahan diri dari menerima pandangan tajam Zayn. Kalaulah
pandangan Zayn itu pisau, rasanya dah hancur badan Jazleen ditikam dan ditoreh.
Hampir tiga tahun tak berjumpa, dia ingatkan marah Zayn dah reda. Tapi kalau
tengokkan pada riak wajah Zayn tadi, rasanya rasa marah itu masih bersisa.
Jazleen
mengeluh kuat. Kenapalah aku baik sangat nak tolong Ady tadi?
“Kak
Jaz, are you ok?” Adila yang sedang
menyusun buah di dalam piring memandang Jazleen.
Jazleen
beri senyuman plastik diikuti jawapan standard, “Yes, I’m ok.”
“Kak
Jaz penat, ya? Tinggalkan saja pinggan tu, kejap lagi Dila basuh. Pergilah
duduk depan. Mama dah buatkan kopi.”
Jazleen
pandang ruang dapur. Hanya tinggal dia dan Adila. Asyik sangat dengan aktiviti walk down the memory lane, dia tak sedar
bila mama Ady keluar dari dapur.
“Tak
apalah. Sikit saja lagi. Biar akak sudahkan. Adila keluarlah hantar buah tu
dulu. Kejap lagi akak keluar,” balas Jazleen.
Lagipun
dia perlukan sedikit masa hendak kumpul semangat sebelum berhadapan semula
dengan Zayn. Semangat yang ada dalam diri dia sekarang tinggal beberapa peratus
sahaja. Hendak berhadapan dengan Zayn versi yang ini kena ada semangat yang
tinggi. Tak boleh hendak lembik-lemah-macam-orang-tak-ada-tulang-belakang.
“Betul
ni?” tanya Adila.
Jazleen
mengangguk. “Betul. Pergilah. Biar akak sudahkan basuh pinggan ni.”
“Ok.
Nanti adik minta angah tolong akak ya?”
“Eh,
tak apalah. Bukan banyak lagi pun. Akak boleh buat sendiri.”
“Alah,
tak apa. Adik bagi chance akak dengan
angah dating.”
Sebelah
mata dikenyitkan. Adila ketawa geli hati sebelum keluar meninggalkan Jazleen.
Jazleen
cuma menggeleng. Dating? Kalaulah kau
tahu hubungan sebenar kami berdua, Adila…
Jazleen
sukakan Adila. Sukakan ibu dan bapa Ady. Abang Ady? Not so much. Walaupun baru pertama kali berjumpa, layanan yang
diberikan kepadanya memang tip top.
Mesra macam dah kenal lama. Timbul pula rasa bersalah sebab mempermainkan
perasaan mereka. Tak boleh jadi! Dia kena berterus terang dengan Ady yang dia
tak boleh nak teruskan lakonan ini macam yang dipinta Ady.
Kalau
Ady hendak mengelak dari berkahwin dengan calon pilihan keluarganya, Ady kena
segera mencari gadis misteri yang dipuja-puja siang malam itu. Dia tak nak terlibat lagi. Hendak pula
sekarang dia dapat tahu Ady ada kena mengena dengan seseorang dari masa silam
dia. Lagilah dia perlu hentikan perkara ini segera.
Jazleen
teruskan membasuh pinggan sebaik sahaja Adila keluar dari dapur. Tak lama
kemudian terasa tengkuknya meremang, macam ada mata yang sedang memandangnya
dari belakang. Jazleen tersenyum sambil menggeleng. Nampaknya Adila betul-betul
suruh Ady tolong dia di dapur.
“Sayang, tak payahlah susah-susah nak tolong
saya dekat dapur ni. Benda dah nak selesai dah pun,” ujar Jazleen. Sengaja mahu
mengusik Ady.
“I thought I‘ve told you not to call me
that ever again?”
Jazleen
terkejut besar. Hampir sahaja dia terlepas pinggan di tangan. Oh my! Itu bukan suara Ady. Pantas
Jazleen berpusing.
“Zayn…”
“Jazleen.”
Diam.
Zayn
pandang Jazleen. Dari atas ke bawah. Dia tak banyak berubah. Except for the hair and the clothes.
Lebih feminin dari dulu. Hati Zayn mula buat penilaian.
Jazleen
pandang Zayn. Dia dah banyak berubah. Rambut dah pendek. Nampak lebih kemas.
Nampak lebih dewasa. Badan dah sedikit sasa. Tak kurus lagi macam dulu. Kalau
dulu dia rasa Zayn itu kacak, sekarang kekacakkan dia dah naik berkali ganda. Oh
my, apa yang aku fikirkan ni? Cepat-cepat Jazleen alihkan pandangan. Takut
kalau Zayn nampak sesuatu dalam pandangan dia.
“So, how are you?” Jazleen cuba memecahkan kejanggalan yang
sedang dirasai.
“Apa
yang kau buat dengan adik aku?”
“Dah
berapa lama kau dengan dia?”
“Apa
niat kau dekati dia?” Bertub-tubi soalan keluar dari mulut Zayn. Nada suara
jangan cakaplah. Rasanya kutub utara selatan itu pun dah tak dingin macam ini.
Amboi,
aku punyalah baik tanya khabar, dia terus saja hendak ‘tembak’ aku dengan
soalan-soalan macam itu? Hati Jazleen mengomel.
“Kau
tahu Ady adik aku?”
Jazleen
dah angkat kening. Kenapa dia rasa macam Zayn mula hendak cari pasal dengan
dia? Hello, kalau saya tahu Ady tu adik awak, saya lagi rela kerat jari sendiri
dari berkawan dengan dia, tahu?
“Kau
sengaja rapat dengan dia sebab aku, kan?”
Jazleen
mendengus tak percaya. Is this guy for
real? Ingat diri dia penting sangat sampai aku hendak buat semua itu?
Hendak saja dia beritahu Zayn yang selama tiga tahun ni, tak pernah sekali pun
dia ingatkan lelaki ini. Prinsip hidup dia senang. Kecewa macam mana sekali pun
dengan apa yang terjadi dalam hidup, dia tak akan duduk saja dan meratapi apa
yang terjadi. Dia akan bangun dan teruskan kehidupan.
“Kau
nak jadikan Ady mangsa terbaru kau?”
“What?”
Darah
Jazleen tiba-tiba menyirap. Gaya Zayn bercakap macamlah dia jahat sangat.
Teruk-teruk dia dulu, belum sampai tahap membunuh orang kut! Tapi cara Zayn
macam dah seratus nyawa dia korbankan.
“All this years, aku ingat kau dah berubah. Tapi…” Zayn
senyum. Mengejek.
Ini
tak boleh jadi. Cukup-cukuplah hendak menghina dia. Ingat dia tak ada perasaan
ke?
“Look here, Zayn…”
Tapi
Zayn tak benarkan dia habiskan kata-kata.
“Break off with my brother. I don’t want to
see your face near my family anymore.”
“Zayn…”
“Break off, Jazleen.”
Jazleen
rasa macam hendak menjerit. Ingat dia hendak sangat ke buat benda ni? Dia buat
semua ini sebab nak tolong Ady saja. Demi Tuhan, kalaulah dia tahu Ady dan Zayn
adik beradik, memang mati hidup balik pun dia tak akan setuju dengan rancangan
bodoh Ady. Zayn tak nak tengok muka dia? Dia sepuluh kali lagi tak nak tengok
muka Zayn.
Jazleen
letakkan pinggan di tangan ke dalam sinki. Kaki terus dihayun menghala ke pintu
dapur. Dia hendak keluar, ajak Ady balik supaya dia boleh berada jauh dari
lelaki ini. Dia tak nak terus menerus menjadi mangsa kata-kata kesat Zayn.
Tuhan, macam manalah aku boleh suka dekat lelaki ni dulu?
Ok.
Silap soalan. Dia tahu macam mana dia boleh suka pada Zayn. Zayn yang dulu
lembut dalam berbicara, baik melayan dia, nakal mengusik dia. Siapa yang tak
jatuh hati?
“Move away, Zayn.”
Jaslyn
berdiri tegak, menanti Zayn bergerak ke tepi.
“Not until you promise me to break off with
my brother.”
Jazleen
ketawa sinis.
“Promise?” Jazleen ketawa sinis.
“Awak
nak percaya ke cakap perempuan macam saya?” Sinikal bunyi soalan Jazleen.
Jangan
nak salahkan dia. Dia cuma ulang balik apa yang pernah Zayn katakan pada dia
satu masa dulu.
“Aku tak akan percaya lagi apa yang keluar
dari mulut kau!”
Itu
kata Zayn dulu. Jadi apa guna dia hendak berjanji kalau Zayn tak akan percaya?
Zayn
ketap gigi. Geram. Tangan dikepal, cuba menahan diri dari buat benda
bukan-bukan. Tak pernah nak berubah! Dari dulu suka sangat menjawab cakap dia.
Tapi
sikap dia yang inilah buat kau jatuh hati dulu, Zayn. Sebab kedegilan dialah
buat kau beriya kejar dia dulu. Yang buat hidup kau rasa macam tak sempurna
kalau sehari kau tak jumpa dia. Tiba-tiba hati dia bersuara. Zayn mengeleng.
Tak boleh! Dia tak boleh ingat kisah dulu. Jazleen bukan perempuan yang dia
harapkan. She’s a conniving bitch!
“Jauhkan
diri kau dari adik aku, Jazleen.”
“Atau
awak nak buat apa?” cabar Jazleen.
Walaupun
sakit hati dia mendengar Zayn beraku-aku dengan dia, lidah dia tak sampai hati
lagi hendak gunakan kata ganti nama yang sama.
Zayn
maju setapak, mendekatkan dirinya dengan Jazleen. Lengan Jazleen dicengkam.
Kuat. Wajahnya dirapatkan ke muka Jazleen. Jazleen dah telan liur. Oh mulut,
kenapalah gatal sangat nak mencabar dia tadi?
“Don’t play games with me, Jazleen. I’m not
in the mood. Jauhkan diri
kau dari Ady, atau…” Zayn renung dia tajam.
“I’ll make your life a living hell. Mark my
words, Jazleen.”
Lengan
Jazleen dilepaskan kasar dan Zayn terus meninggalkan Jazleen yang menggigil
menahan rasa.
Oh Tuhan, I really need to end this! Melihat mata
Zayn tadi, dia yakin Zayn memang akan buat hidupnya sengsara.
No comments:
Post a Comment