Wednesday, March 18, 2015

Bab 4 : September

"THANKS  Jaz, for doing this.”
Jazleen mendengus perlahan. “Aku ada pilihan ke?” soalnya separa memerli.
Kalau dah setiap jam Ady asyik merayu dan merayu, apa lagi pilihan yang dia ada. Dah jenis tak faham bahasa. Aku kata tidak, telinga dia dengar ‘ya’ agaknya!
        “Ala, Jaz. Janganlah cakap macam tu. Anggaplah kau tengah menolong orang yang dalam kesusahan. Dapat pahala apa!”
        “Banyaklah kau punya pahala. Tolong orang buat kerja tak betul, pahala apa yang aku dapat? Dosa bertingkek-tingkek adalah!” Tempelak Jazleen geram. Di sebelah, Ady dah ketawa besar.
         “Gelaklah…gelak! Kelakar sangatlah ni, ya?”
        Ady gigit bibir, cuba tahan diri dari terus ketawa. Nampak gaya mood Jazleen memang tak bagus hari ini.
        “Sorrylah, Jaz. Kalau tak terdesak, aku tak minta kau tolong.”
        Jazleen jeling Ady tajam.  “Macam mana kau boleh terdesak in the first place? Sendiri cari pasal, kan? Kalau kau berterus terang saja dengan keluarga kau, tak payah kau nak minta tolong dengan aku segala.”
        Ady senyum nipis. Sedar memang diri yang silap.
        “Oklah. Lepas ni aku akan explain pada keluarga aku.”
        “Aik, dah tak takut ke kena paksa kahwin lagi?” perli Jazleen.
        Ady ketawa kecil. “Rasanya tak perlu lagi kut. Aku dah jumpa dia…”
        Jazleen menoleh pandang Ady. Dia dapat agak siapa ‘dia’ yang Ady maksudkan selepas melihat wajah ceria Ady.
        “Mystery girl? Serius?”
        Ady mengangguk laju.
        “Bila nak kenalkan pada aku? Dekat mana kau jumpa dia? Who is she?”
        “Adalah…”
        Jazleen mencemik. “Dengan aku pun nak berahsia?” Lengan Ady ditumbuk perlahan.
        Ketawa Ady pecah. “Nantilah aku cerita. Sekarang ni awal lagi. Bila semua dah lancar between me and her, aku akan beritahu kau.”
        Jazleen mendengus kecil. “Entah bilalah tu, kan? Kau jangan lupa. Aku dah tak lama lagi ni. Jangan sampai aku kempunan pula nak jumpa girl of your dreams tu.”
        “Ish…kau ni! Ayat tu cuba susun elok-elok sikit. Kau nak pindah balik kampung halaman kau je pun. Bukan nak pergi pindah masuk rumah tujuh kaki tu!” Bidas Ady.
        Jazleen ketawa. “Betullah apa aku cakap.”
        “Aku tak suka dengar!” tegas Ady.
        “Hidup mati tu memang janji Allah yang pasti, Ady…” Jazleen ingatkan Ady.
        “Aku tahu! Tapi aku tak suka dengar kau cakap macam itu. Dahlah! Tadi tengah cakap pasal benda-benda seronok, dah tukar jadi lain pula. Kau ni suka spoil keadaanlah!”
        Jazleen hanya senyum segaris. Perjalanan diteruskan tanpa apa-apa perbualan antara mereka. Yang kedengaran hanya celoteh DJ radio. Selepas setengah jam memandu, kereta yang dipandu Ady memasuki perkarangan rumah keluarganya. Dari dalam kereta, Jazleen dapat melihat ada beberapa buah kereta yang tidak dilihat kali pertama dia berkunjung ke rumah Ady.
        “Famili kau ada jemput orang lain, ke?”
        Ady mengangguk. “Keluarga Layla, bakal tunang abang.”
        Jazleen tersentak. Bakal tunang abang? Zayn?
        “Bakal tunang abang kau? Maksud kau, Zayn?” Suara Jazleen cuba dibuat seneutral mungkin. Tak mahu Ady syak apa-apa.
        “Yup. Bakal tunang Zayn. Yang sampai sekarang aku masih tak dapat nak terima.”
        Jazleen kerut dahi pandang Ady. Apahal pula dia tak dapat nak terima? Takkan dia ada hati dengan si Layla yang sedang diperkatakan ini, kut?
        Mungkin air mukanya nampak semacam, Ady cepat-cepat buat penjelasan sebelum dia sempat bertanya apa-apa.
         “Bukan tak dapat terima apa. Kak Layla tu baik orangnya. Itu yang aku hairan kenapa dia nak pada along.”
        “Maksud kau?”
        “Along tu hati beku. Rasanya ais di kutub utara tu pun tak sedingin dia. Kalau bercakap dengan Kak Layla tu suara tegas semacam. Tak pernahlah aku tengok nak berlembut dengan Kak Layla tu. Pelik betul. Dulu dia tak macam itu. Tapi sejak dia balik dari bekerja di Penang dulu terus jadi dingin macam itu. Kak Layla sahajalah yang tahan dengan perangai dia.” Terang Ady panjang lebar.
        Jazleen terdiam. Lama. Kenapa dia rasa macam mereka mengenali Zayn yang berbeza ni? Zayn yang dululah. Kalau tengok Zayn yang sekarang, apa yang Ady ceritakan itu memang tak memeranjatkan dia langsung.
        Masuk sahaja ke dalam rumah, mereka disambut oleh mama Ady dan seorang wanita yang seusia dengan Sharifah Hasnah.
        “Apa khabar, Jaz?”
        “Khabar baik, auntie.”
        “Ish…kenapa panggil auntie ni? Kan mama dah suruh panggil mama.”
        Jazleen senyum kecil. Mata menjeling ke arah Ady yang nampak selamba. Sengal! Ni semua dia punya pasal!
        “Inilah bakal menantu you, Has?” tanya wanita di sebelah Sharifah Hasnah.
        Sharifah Hasnah mengangguk dengan senyuman lebar.
        “Inilah Nur Jazleen, girlfriend Ady. Jaz, kenalkan. Ini Auntie Ros, kawan mama merangkap bakal besan mama juga.”
        Jazleen terkedu seketika. Bakal besan? Inikah ibu Layla, bakal tunang Zayn. Tak mungkinlah pula ini ibu teman lelaki Adila, adik Ady dan Zayn. Adila tu baru sahaja habis sekolah!
        “Cantik orangnya, Has. Pandai Ady pilih. Bila nak langsungnya? Jangan lambat-lambat. Nanti terlepas….” usik Aunty Ros.
        Jazleen dah makin tak selesa. Ady di sebelah pun dah nampak semacam. Pandangan mereka bertaut.
        ‘Do something!’ Jazleen beri isyarat pada Ady. Ady hanya angkat bahu. Damn! I’m going to kill him!
        “Err…yang lain-lain mana, ma?” soal Ady, cuba menyelamatkan keadaan.
        “Ada di belakang. Tengah seronok BBQ. Eh, jom pergi belakang. The rest of the family tak sabar nak jumpa Jaz.” Sharifah Hasnah dah pegang tangan Jazleen sebelum Jazleen sempat cakap apa-apa.
        The rest of the family? Ya Allah, kenapa hati aku tak sedap dah ni? Dia cuba berpaling, mengharapkan Ady dapat selamatkan dia tapi Sharifah Hasnah dah tarik dia berjalan ke arah belakang rumah.
        Sampai sahaja di belakang rumah, Jazleen dah rasa nak demam. Ini ada kenduri ke apa? Punyalah ramai manusia. Setakat muka Adila, Syed Roslan dan muka kejung Zayn, dia kenallah. Tapi yang lain-lain ni siapa?
         Jazleen dah mula berpeluh. Lebih-lebih lagi bila Sharifah Hasnah dah mula buat sesi memperkenalkan siapa dia kepada semua yang ada. Melampau tak kalau dia minta lantai yang dipijak sekarang terbuka dan telan dia?
        “Wah…bro, cun! Diam-diam aja kau, ya?” tegur salah seorang dari lekai-lelaki yang berada di situ.
        Kalau tak salah Jazleen tadi Sharifah Hasnah kenalkan lelaki itu sebagai Danial, sepupu Ady.
        Ady cuma tersengih. Memang tak boleh harap betul! Gumam Jazleen.
        Kemudian dia dikenalkan kepada mereka yang lain. Pada Uncle Hisham, suami Aunty Ros, pada Hairul abang kepada Danial, pada Pak Ngah Johari dan Mak Ngah Intan, ayah dan ibu kepada Hairul dan Danial dan yang terakhirnya pada Rio, kawan baik Zayn.
        “Nice meeting you, Jazleen.” ucap Rio sambil merenung dia tajam.
        Jazleen sekadar mengangguk. Entah kenapa, pandangan Rio buat dia tak senang hati. Macam dia ada hutang apa-apa pula dengan lelaki itu.
        “And this lovely lady is Layla.” Sharifah Hasnah tarik Jazleen mendekati seorang wanita yang sejak tadi Jazleen tengok asyik merenung dia dengan pandangan yang pelik.
        Apa yang tak kena dengan diri dia hari ni sampai ramai sangat yang pandang dia tak puas hati? Itu belum lagi pandangan macam nak telan dari Zayn yang sedang mengipas chicken wing di atas tempat pembakar. Kalau ya pun tak suka, tak perlulah hendak pandang dia sampai macam itu sekali!
        “Layla, inilah Jazleen yang mama ceritakan kelmarin.”
        Oh my, mereka bercerita pasal aku? This is not good!
        “Finally. Jumpa juga kita,” ujar Layla dengan senyuman nipis di bibir.
        Yes. This is definitely not good! Desis hati Jazleen bila melihat senyuman Layla yang tak sampai ke mata itu.
        “Layla ni bakal tunang…”
        “Hand me the plate!” Tiba-tiba Zayn bersuara keras. Terbantut niat Sharifah Hasnah hendak perkenalkan bakal menantu dia pada Jazleen.
        Wajah Sharifah Hasnah nampak berubah sedikit. Terkejut agaknya dengar si anak bersuara kasar. Air muka Layla pun dah bertukar rona. Merah. Entah menahan marah atau malu, Jazleen sendiri tak pasti.
        Apa yang jadi selepas itu rasa macam mimpi sahaja bagi Jazleen. Selesai membakar, mereka duduk di sebuah meja panjang yang Jazleen kira sengaja diletakkan di belakang itu untuk mereka duduk bersantai di waktu petang. Sambil makan, mereka berbual. Jazleen lebih selesa diam dan menjawab dengan senyuman bila disoal apa-apa. Sengaja dia buat perangai acuh tak acuh. Untung-untung keluarga Ady akan fikir dua tiga kali hendak terima dia sebagai menantu.
        Selesai makan, mereka yang tua memilih untuk masuk ke dalam dan sambung berbual. Bincang hal-hal orang tua katanya. Tinggal mereka yang muda-muda sahaja di belakang.
        “So, Jaz. Berapa lama dah you kenal Ady ni?” tanya Danial.
        “Err… lama juga.”
        “Wow, dah lama pun you still nak jadi girlfriend dia?”
        Hairul dan Adila dah ketawa. Ady di sebelah dia dah buat muka. Rio, Layla dan Zayn? Masih setia pandang Jazleen dengan muka tak beriak.
        “Hoi…jangan nak mula ya?”Ady buat muka tak puas hati.
        “Kenapa? Takut awek kau lari?” usik Hairul pula.
        “Tak ada makna. Dia terima aku seadanya. She’s the type of girl who only loves once but it will be for always.” Selamba muka Ady menjawab.
        Jazleen dah jeling Ady tak puas hati. Aku dekat sini sebolehnya nak elak dari terus dikaitkan dengan dia, dia boleh jawab macam itu? Memang dah lama hidup agaknya mamat ni!
        “Confident much, angah?” Adila pun dah turut serta dalam sesi mengenakan Ady.
        Dengan muka bangga Ady jawab, “Hell yeah! Ini Syed Adlan Syed Roslan, ok. No woman can say no to this face.”
        “Ya. Sebab tak boleh say no lah ramai perempuan yang heartbroken, ya tak?”
        Sekali lagi ketawa mereka pecah. Kali ini Rio dan Layla pun dah turut serta walaupun gelak mereka tak semeriah yang lain.
        “Cakap aku. Kau tu apa kurangnya? Heartbreaker, juga kan?” Ady pulangkan paku buah keras pada Danial.
        Danial dilihat cuma angkat bahu. Maknanya betullah tu. Memang satu keturunan, ngomel Jazleen dalam hati.
        “So, Jazleen…” Tiba-tiba Layla yang sejak tadi hanya diam bersuara.
        Tumpuan mereka yang berada di ruang rehat itu kini tertumpu ke arahnya.
        “How many hearts have you broken?” tanya Layla. Sinis.
        Jazleen terkedu. Perempuan ini tahu sesuatukah? Automatik mata Jazleen mencari Zayn. Dan sebaik sahaja pandangan dia dan Zayn bersatu, jantung yang sejak dari tadi berdegup deras terasa terhenti sekejap.
        Oh Tuhan! Dia memang tahu sesuatu. Kalau tadi muka Zayn dingin tanpa perasaan, kali ini wajah itu dah mula beri reaksi. Reaksi yang sangat tak menyenangkan.
        “Perempuan macam you, I rasa mesti dah ramai yang jadi mangsa, kan?”
        “Layla!” Keras Zayn bersuara. Layla hanya buat muka selamba dan bibir masih lagi mengukir senyum sinis.
        Jazleen pandang Layla dengan muka tak puas hati. Apa tadi mama Ady cakap? Lovely lady? Pftt…plastik!
        “I’m just trying to make a conversation. Salah ke?” Layla buat muka tak bersalah.
        Jazleen senyum sinis. Make a conversation? Ok. Let’s make one hell of a conversation!
        “Break someone’s heart? Countless. Apa yang orang selalu cakap tu? Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?  Vice versa. Jadi I guess I ni sesuai sangatlah dengan heartbreaker di sebelah I ni, kan?” Jazleen senyum sinis.
        Janggal.  Itu yang dapat digambarkan selepas dia balas soalan Layla dengan jawapan macam itu. Masing-masing dah terdiam. Zayn dah berkerut dahi pandang dia. Rio yang sejak tadi pandang dia dengan pandangan tak puas hati dah mula pandang dia dengan pandangan  kagum. Muka Layla? Merah padam menahan geram. Kau ingat aku nak diam saja lepas kena serang? Silap oranglah!
        “Err…siapa nak buah? Adik pergi ambil di dalam ya?” Adila cuba memecahkan kejanggalan.
        “Abang tolong.” Tak tunggu lama, Danial terus bangun mengikut Adila masuk ke dalam.
        Tak lama selepas itu, Zayn bangun tinggalkan meja makan. Layla terus berlari dapatkan Zayn. Sebelum pergi, sempat lagi dia menjeling ke arah Jazleen. Jazleen balas dengan senyuman paling sinis.
        Selepas melalui masa yang amat janggal dalam hidup tadi, Jazleen minta diri hendak berjalan-jalan di sekitar rumah itu.  Ady beriya hendak temankan, konon itu cara dia hendak minta maaf pada Jazleen selepas Jazleen jadi mangsa ‘peluru mortar’ Layla tadi. Puas Jazleen yakinkan yang dia tak apa-apa dan tak kisah pun dengan apa yang Layla buat, barulah Ady lepaskan dia berjalan seorang diri.
        “Abang  Zayn tu hati beku. Rasanya ais di kutub utara tu pun tak sedingin dia. Pelik betul, dulu dia tak macam itu. Tapi sejak dia habis belajar dulu terus jadi dingin macam itu. Girls nak rapat pun takut. Kak Layla sahajalah yang tahan dengan perangai dia tu.”
        Kata-kata Ady di dalam kereta tadi terngiang di telinganya. Zayn dingin dan hati beku? Seingat dia Zayn yang dia kenal dulu warm-hearted person. Hangat. Penuh rasa cinta. Kalau tidak, masakan baru beberapa bulan kenal dia dah berani bercakap tentang nikah-kahwin?
         Pandangan dilemparkan ke arah kolam renang berhampiran. Things end, but memory last forever. Ya, Jazleen memang tak dapat nafikan hakikat itu. Sudah bertahun kisah dia dengan Zayn berakhir tapi hingga hari ini kenangan lama itu masih lagi dia ingati walaupun dia selalu kata dia dah cuba lupakan.
        Lupakan? Jazleen senyum nipis. Benda kalau dah bersarang dalam hati, senang ke nak lupakan? Rupanya dia tak pernah lupakan. Dia cuma sembunyikan jauh-jauh dalam hati. Dan ia cuma perlukan satu kebetulan untuk buatkan semua kenangan itu muncul semula.
        "Awak tak rasa awal sangat ke?"
        "Apa yang awal?"
        "Kita. We don't really know each other but...."
        Zayn ketawa kecil. 
        "Sebab itulah kita kena buat semua ni. Lagi cepat lagi bagus. Bolehlah kita get to know each other more..."  Senyum Zayn dah menyenget.
        "Intimately..."  Sambung Zayn. Nakal.
        Jazleen senyum sendiri. Itu Zayn yang dulu. Yang suka mengusik. Yang suka menyakat. Yang suka buat dia senyum. Yang suka buat dia blushing. Dan yang paling pasti, yang suka dan sayangkan dia. Tapi Zayn hari ini? Berbeza sungguh dari Zayn yang dulu.  Kata Ady, Zayn berubah selepas tamat belajar. Aku ke yang buat dia berubah sampai begitu?
        Demi Tuhan, dia tak pernah sangka apa yang berlaku dulu akan tinggalkan kesan sampai begitu terhadap Zayn. Fikirnya selepas mereka berpisah, hidup lelaki itu baik-baik sahaja. Kenapa perlu menyimpan dendam untuk gadis yang seperti dia?
        Tapi bila dilihat kesan tindakan dia pada Zayn, dia mula rasa tak senang. Kata seorang penulis German, Kurt Tucholsky, those who hate most fervently must have once loved deeply. Dalam sangatkah sayang Zayn pada dia waktu itu hingga dia dibenci sampai macam ini sekali sekarang?
         Jazleen alihkan pandangan ke arah keluarga Ady, mencari kelibat Zayn.
        “Aku dah suruh kau jauhkan diri dari keluarga aku.” Tiba-tiba orang yang dicari bersuara di belakangnya.
        Jazleen segera berpaling. Liur ditelan. Tak selesa melihat wajah dingin Zayn.
        “Zayn, saya dan Ady…” Belum sempat Jazleen nak terangkan apa-apa, Zayn dah angkat tangan.
        “I don’t want to know!”
        “But…”
        “Listen here, Jazleen. Aku sayang keluarga aku.  They mean the world to me. You can mess with me but don’t mess with my family. Kalau apa-apa jadi pada Ady atau Mira disebabkan kau, there will be hell to pay. I promise you that!”
        Jazleen terdiam. Mata terus merenung wajah Zayn yang berang. Oh Tuhan, apa yang aku dah buat pada lelaki ni?
        “What happen to you?” Jazleen pandang Zayn, sayu.
        Zayn pegun. Tak sangka soalan itu yang keluar dari mulut Jazleen.
        “Did I hurt you that bad?” Jazleen pandang mata Zayn dalam-dalam. 
        Melihat kebencian yang ada di mata Zayn, sungguh dia rasa bersalah. Kalaulah masa boleh diputar memang dia tak akan buat apa yang dia dah buat dulu. Kalau ada mesin masa, memang dia akan kembali ke hari itu. Tapi benda dah jadi. Dia boleh rasa menyesal. Dia boleh terus rasa bersalah. Tapi dia tak akan dapat ubah apa yang pernah terjadi. Apa yang dia boleh buat, ialah minta maaf dan berharap Zayn boleh move on. Itu pun kalau Zayn hendak dengarlah. Kalau tidak…
        “I’m sorry, Zayn,” ucap dia sekali nafas.
        Zayn ketap gigi. Sorry? Too little too late, Jazleen. Selepas bertahun baru sekarang dia hendak minta maaf? Lepas hati dia ditoreh-toreh dengan penipuan demi penipuan? Sakit dalam hati dia ni dah terlalu dalam. Setakat perkataan maaf, belum tentu dapat hilangkan dendam dia pada Jazleen.
        “Saya minta maaf Zayn. Betul-betul minta maaf. Sebenarnya apa yang terjadi dulu…”
        “Save it, Jazleen!” tukas Zayn kasar. Dia dah tak ada hati hendak dengar penjelasan dari Jazleen.
        Jazleen mengeluh perlahan. Dah agak reaksi ini yang akan diterima. Keras betul hati lelaki bernama Zayn ini.
        “Aku bagi kau masa seminggu Jazleen. Apa pun hubungan kau dengan Ady, putuskan! Jauhkan juga diri kau dari Mira. Kalau aku nampak lagi muka kau berdekatan mereka, tahulah nasib kau!” Cukuplah dia yang terkena dulu. Dia akan pastikan adik kesayangannya dan sepupu dia tak menjadi mangsa Jazleen.
        Zayn berpaling, pasang langkah hendak pergi. Tapi baru dua tiga langkah dia menapak, Jazleen seru nama dia. Zayn berhenti tanpa berpaling.
        “You hate me, right?”
         Soalan Jazleen dibiar tak berjawab.
        Jazleen berjalan mendekati Zayn. Perlahan tangannya naik, menyentuh belakang badan Zayn. Dia dapat rasakan betapa tegangnya tubuh lelaki itu. Nafas ditarik dalam sebelum dia mula bicara.
        “They said the best revenge is living well. Zayn yang ada dalam ingatan saya bukan macam ini orangnya. He’s caring. He’s gentle. He’s lovable. Tapi Zayn yang saya nampak hari ni? Terlalu berbeza. Jangan ubah diri awak jadi sampai macam ni hanya kerana dendamkan saya. It’s not worth it. I’m not worth it. So let it go, Zayn. All the anger, the hatred…let it go and start living.”
        Jazleen hela nafas panjang. I’m so sorry…
        Belakang badan Zayn diusap perlahan sebelum dia melangkah meninggalkan Zayn yang…
        Terkaku.
        Terkedu.
        Dia pandang belakang badan Jazleen yang makin menjauh.

        Let. It. Go?

No comments:

Post a Comment