"NUR Jazleen, kan?”
Oh boy, suara! Jazleen mengangguk. Hendak buka mulut menjawab, suara
rasa macam malu-malu kucing hendak keluar. Lebih-lebih lagi apabila yang
menegur dia adalah orang yang sejak kebelakangan ini selalu sangat jadi
‘pelakon utama’ dalam mimpi-mimpi indah dia.
“Hmm...very dainty and sweet.”
“Huh… dainty and sweet? What…”
“You...” balas Zayn bila tengok muka dia terpinga-pinga.
“Oh...”
Dainty and sweet? Bahagian dainty tu mungkinlah. Memang saiz dia kecil molek pun. Tapi sweet?
“Sophisticated and strong willed too...”
Oh wow! Manisnya mulut dia. Jazleen dah senyum kecil. Segan
pula dia rasa bila dengar ada lelaki memuji begitu. Bukan tak pernah kena puji.
Selalunya pujian yang dia dapat kedengaran sangat ‘kosong’ di telinga dia. Tapi
bila kata-kata yang sama keluar dari mulut jejaka di hadapan dia ini, ada rasa
asing yang menjalar dalam hati.
“Makes me wonder though...” Zayn senyum lagi.
“Dainty, sophisticated, strong willed saya dah nampak. Tapi tertanya...”
Senyuman yang tadi nampak biasa dah mula nampak nakal.
“Kalau
empunya nama as sweet as the name?”
Muka
rasa membahang. Bukan sebab dengar ayat-ayat beli jiwa dari Zayn, tapi sebab
nada suara yang digunapkai dek si tinggi lampai itu. Garau. Dalam. Ala bedroom voice pun ada. Memang bikin bulu
tengkuk meremang.
“Are you, Jazleen? Sweet as your name?” Wajah Zayn dah mendekat. Dada Jazleen
dah berombak kencang…
“Tak…tak sweet. Pahit. Tawar. Memang stok
masuk sinki je!”
Jazleen
tersentak. Apakah? Mata mula melilau memandang sekeliling. Ada kerusi, meja, coffee maker, muk dan segala jenis pastri.
Ada wajah Mira yang nampak tak puas hati. Ada juga wajah seorang gadis yang
macam hendak menangis. Damn! Mengelamun
lagi rupanya dia.
“Jaz,
tolonglah fikirkan semula. Jangan tinggalkan kafé ni? Please…please...please?” Mira merayu
lagi untuk kesekian kalinya.
Jazleen
mengeluh sambil menggeleng.
“We’re doomed! Habislah kafé ni. Sebulan sahaja lagi, lepas tu
mesti kena tutup!”
Mira
dah buat muka sedih.
Jazleen
juling mata ke atas. Drama Queen
sungguh! Perhatian ditumpukan ke arah si gadis yang macam hendak menangis tadi.
“Pernah
ada pengalaman kerja di kafé sebelum ni?” soal Jazleen. Lembut.
Si
gadis mengangguk. “Pernah kak.”
“Sebagai
apa?” Jazleen belek borang permohonan kerja si gadis di tangan. Pembantu dapur?
Patutlah fail buat kopi! Untuk kali
yang entah keberapa, Jazleen mengeluh lagi. Dia menoleh ke arah Mira si sisi.
“Kau
tengok tak borang dia ni tadi?”
“Err…tak?” Jawab Mira sambil tersengih.
“Mira!”
Jazleen
rasa macam hendak hempuk sahaja kawan dia ini. Tapi memikirkan ada orang lain
bersama mereka, dia cuba tarik nafas menahan sabar. Suka ambil mudah perkara
yang serius. Beriya kata risau tak akan jumpa barista baru tapi bila disuruh
jalankan temuduga, buat acuh tak acuh sahaja. Kalau macam ini gaya, bila
masanya calon yang sesuai akan ditemui? Nak harapkan dia kekal di sini? Ada
benda lebih penting dalam hidup dia yang perlukan perhatian dia.
Dia
kembali memandang si gadis yang setia berdiri di hadapan mereka.
“Macam
nilah, dik. Rasanya ada salah faham di sini. Buat masa sekarang ni, kami
mencari seorang barista. Kami belum ada kekosongan untuk pembantu dapur lagi.
Akak minta maaf, ya. Nanti kalau ada kekosongan, kami akan hubungi adik lagi.”
Jazleen
senyum sambil meminta maaf. Mujurlah si gadis tak banyak soal. Selepas
masing-masing saling meminta maaf, si gadis terus keluar dari kafé.
“Mira, please be serious. Ada dua minggu
saja lagi ni. Kau kena cari pengganti aku cepat!”
“Or…you can stay. Tak payah nak terima job dekat Archareka tu. Ok tak?”
“No! Kita dah bincang benda ni, Mira. I’m going.”
Dan
lepas apa yang dah jadi dua tiga hari ni, memang patut aku pergi cepat! Lagi
cepat lagi bagus. Sambung Jazleen dalam hati. Tak perlulah dia berhadapan
dengan si dia lagi.
“Jaz,
kau tak kasihan ke pada aku? I need
your help with the café, babe.”
Wajah
Mira dipandang Jazleen. Kasihan? Adalah sikit tapi sejak dari awal lagi dia dah
beritahu Mira dia cuma akan membantu Mira sekejap sahaja di kafé ni sementara
dia belum mulakan kerja di Archareka Sdn Bhd. Jadi kasihan tak kasihan, dia
tetap dengan keputusan dia.
“Mira,
kau dah tahu kan aku tolong ni untuk sementara saja.”
“I know! Tapi aku ingat bila kau dah mula tolong,
kau boleh jatuh suka dengan kerja ni dan tak jadi dah nak berhenti…”
Jazleen
ketawa perlahan.
“Kau
nak aku kerja behind the counter for
the rest of my life ke, Cik Mira?”
Mira
tersenyum lebar. “Not really. I was
thinking more like being my partner?”
“Hah! Partner?”
“Yes. Co-owner Bookspresso. What
say you?”
Jazleen
terdiam sekejap. Kalau tawaran ini datang sebelum dia berkenalan dengan
keluarga Ady, mungkin dia akan pertimbangkan. Tapi sekarang? Mengingatkan
amaran Zayn yang hendak jadikan hidup dia terasa macam dalam neraka tempoh
hari, sudah cukup untuk dia berkata tidak.
“I appreciate the offer, but no, thank you. Lagipun kau fahamkan kenapa aku
perlukan kerja yang stabil?”
Bukan
Mira tak tahu keadaan hidup dia yang sebenar. Dia baru setahun habis belajar.
Tamat saja pengajian, terus dia pindah duduk Kuala Lumpur. Duduk di Penang pun
bukannya tenteram hidupnya. Ada saja yang tak kena dengan tindakannya.
Sampai
Kuala Lumpur, dia kerja sementara di Kenanga Design. Fresh graduate macam dia, tinggi manalah gaji. Belum lagi dengan
karenah kawan satu pejabat. Politik tak habis-habis! Tapi demi nak teruskan
kelangsungan hidup, dia bertahan juga.
Tapi
insiden CD berisi folder rekaan
projek yang berada di bawah seliaanya hilang, buat dia hilang sabar. Satu hal
orang perlekeh dia sebagai budak baru, tapi bila kredibiliti dia mula
dipersoalkan, memang dia tak boleh terima. Boleh pula dia dituduh sengaja
sabotaj projek itu. Penat dia bekerja siang malam tapi itu balasannya? Sudahnya
dia letak jawatan.
Simpanan
dalam tangan makin kurang. Papa dah awal-awal potong segala elaun bila dia
berdegil tak nak balik duduk Penang. Bukannya dia tak nak. Tapi syarat papa
yang buat dia jauh hati.
Resume dihantar ke merata tempat. Sementara menunggu
panggilan dari mana-mana syarikat yang berminat nak ambil dia kerja dia bekerja
sementara di kafe Mira. Mujurlah ada pengalaman bekerja di Starbucks dulu. Taklah
kekok sangat dibuatnya.
Mira,
gadis yang dikenali sewaktu dia menghadiri seminar kecemerlangan SPM dulu.
Perkenalan selama seminggu itu buat hubungan mereka rapat dan berterusan
hinggalah masing-masing tamat belajar. Dia dan Mira punyai latar belakang
keluarga yang sama. Cumanya papa dan mama Mira tak ‘abaikan’ dia macam papa dan
mama Jazleen.
Habis
sahaja belajar, Mira gunakan ijazah pengurusan perniagaan dia untuk buka kafe
berkonsep book café ini. Berkali-kali
Mira ajak dia kerja di sini. Mulanya dia ingat sekadar jadi pekerja biasa. Tak
sangka pula hari ini dia ajak Jazleen jadi share
partner sekali.
“Kau
tak nak pertimbangkan?” Mira masih lagi mengharap.
Jazleen
senyum kecil. “Sorry, babe.”
Mira
mengeluh lemah. “Maknanya aku kena cari pengganti kau cepatlah. Business baru hendak mula. Kalau aku tak
jumpa pengganti kau, alamatnya tutup kedailah aku.”
“Janganlah
cakap macam itu. Bukannya susah sangat nak cari barista di Malaysia ni.”
Mira
mencemik. “Memang tak susah tapi nak cari yang macam kau tu yang susah. Kafé
aku ni penuh pun sebab orang suka kopi yang kau buat especially your latte. Lepas ni kalau rasa dah berubah, silap
haribulan orang dah tak nak masuk lagi!”
Jazleen
ketawa. Gaya Mira bercakap macamlah dia ni barista betul. Sedangkan sebenarnya
dia cuma seorang gadis yang pandai membancuh kopi sebab sejak zaman belajar di
universiti dulu dia dah biasa bekerja di kafé-kafé secara sambilan.
“Dah.
Tak payah nak buat muka macam itu. Aku bukannya hebat pun. Kau je yang
melebih-lebih. Daripada kau berdiri kat sini, apa kata kau masuk ofis dan start going through all that resume yang
masuk.”
“Yalah...yalah.
Orang dah tak sudi nak tolong kitakan…” Mira terus berjalan ke arah bilik kecil
yang terletak di hujung kafé.
Jazleen
hanya senyum dan menggeleng melihat tingkah Mira.
Jazleen
meneruskan kerja-kerjanya di bahagian depan. Waktu tengah hari begini memang
tidak ramai yang mengunjunggi kafé. Hanya ada tiga orang pelanggan sahaja di
dalam kafé. Masing-masing sedang khusyuk membaca dan melayari internet.
Jazleen
sedang menyusun muffin di display rack bila dia terdengar loceng
yang digantung di pintu masuk kafé berbunyi, menandakan ada pelanggan yang
masuk. Dengan senyuman di bibir dia menyapa…
“Welcome to Book….” Mata Jazleen membulat.
“Spresso…” sambungnya lemah. Oh crap! Masalah dah sampai, fikirnya bila melihat geranggan
si dia yang melangkah masuk ke dalam kafé.
Mata
Zayn mencerun memandang Jazleen yang dah berubah air mukanya. Tadi bukan main manis
senyuman, bila nampak sahaja wajah dia, terus hilang senyum? Dan apa perempuan
ni buat dekat kafé sepupunya?
“Kau
buat apa dekat sini?” Zayn menyoal dingin.
Jazleen
hampir nak ketawa. Nampak gaya soalan ‘kau buat apa dekat sini’ bakal menjadi
soalan wajib tanya Zayn kalau mereka bertemu.
“Saya
kerja dekat sini.”
Dahi
Zayn berkerut. Kerja di sini? Universiti graduate
macam Jazleen, bekerja di kafé kecil ini sahaja? Biar betul. Atau…
“What games are you playing, Jazleen?” soal Zayn keras.
Perasaan
ragu-ragu memang akan kerap muncul bial dia berhadapan dengan Jazleen. Mula-mula
Jazleen bercinta dengan adiknya. Sekarang dia dapat tahu Jazleen bekerja di kafé
adik sepupunya. Kebetulan? Tak mungkin. Mengenali seorang Nur Jazleen, Zayn tak
percaya pada sebarang kebetulan.
Betulkah
anggapan dia kebelakangan ini yang kemunculan Jazleen ada muslihatnya? Dia
pernah terkena dahulu. Dia akan pastikan kali ini dia atau sesiapa pun di
kalangan ahli keluarga selamat dari tipu muslihat si cantik di hadapan dia ini.
“Mana
Mira?”
Wajah
Jazleen berubah. Oh tidak! Mira tak boleh tahu hal dia dengan Zayn.
Nanti makin rumit keadaan.
Jazleen
bergerak keluar dari belakang kaunter.
“Gee,
tolong jaga kafé. Beritahu Kak Mira, Kak Jaz ada urusan di luar sekejap.”
Jazleen tinggalkan pesan kepada pembantunya yang dah mula buat muka
tertanya-tanya.
Tangan
Zayn dicapai dan cepat-cepat dia menarik tubuh itu keluar dari kafé.
“What the…”
“Kalau
awak nak mulakan speech
I-hate-you-Jazleen-stay-away-from-my-family tu, jom kita buat dekat
luar. Ini tempat orang cari rezeki. Tak baik kita nak buat drama bagai.”
Jazleen tarik tangan Zayn dan berjalan laju ke arah taman berhampiran dengan
kafe. Tangan
Tangan
Jazleen ditepis. Rasa berdebar bila disentuh Jazleen tadi terus hilang sebaik
sahaja mengingatkan siapa sebenarnya Jazleen.
Zayn
pandang Jazleen. Marah.
Jazleen
pandang Zayn. Bersahaja.
Jeda.
Lama.
“Awak
nak pandang saya sepanjang hari ke?” Jazleen dah mula tak selesa direnung Zayn.
“First my brother. Now my cousin?” soal Zayn keras.
Jazleen
hanya buat muka bosan. Tidak kuasa rasanya lagi hendak membela diri sendiri di
hadapan Zayn. Orang kalau dah benci, kita cakap apa pun dia tak akan dengar.
Silap haribulan, Jazleen bernafas saja pun akan jadi masalah besar untuknya.
Jadi biarlah Zayn hendak cakap apa pun. Selagi hati dia boleh sabar, dia sabar.
Tapi kalau mamat depan dia ini mula melebih…well,
just wait and see!
“Apa
tujuan kau sebenarnya ni?”
Jazleen
biarkan soalan itu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak ingin hendak
disemakkan dalam otaknya.
“I’m talking to you, Jazleen!” Zayn dah mula berang bila melihat si gadis
kecil molek di hadapannya buat tak tahu dengan dia.
“Talking? Dari tadi awak asyik nak serang saya dengan
soalan-soalan bodoh awak tu, awak cakap awak talking? Seriously, Zayn. You should really understand your
vocab!”
Merah
padam muka Zayn mendengar sindiran Jazleen. Sudah bertahun tak jumpa, perangai
menjawab tu tak pernah nak berubah! Sempat lagi hati Zayn mengomel.
“Stay away from my family, Jazleen!” Sekali lagi Zayn bagi amaran.
Jazleen
usap dahi. Dah naik menyampah pula rasanya dengar ayat-ayat macam ini keluar
dari mulut Zayn. Kalau ikut hati hendak ditempelak sahaja tapi bila hendak
selesai semuanya kalau dia asyik hendak balas setiap kata Zayn? Mengalah
sahajalah Jaz!
“Jangan
risau, saya tak bercadang pun nak get
involve dengan keluarga awak.”
Zayn
senyum sinis. “Aku boleh percaya ke cakap kau?”
Jazleen
angkat bahu. “Terpulang. Awak percaya atau tidak, doesn’t make a different to me.”
Dengan
muka selamba, Jazleen terus bergerak meninggalkan Zayn. Malas hendak mengadap
muka ketat si jejaka. Tapi tak sampai beberapa langkah dia bergerak, Zayn
panggil nama dia.
“Tell me something, did Ady and Mira know
what a lying bitch you are?”
Berasap
telinga Jazleen dengar soalan Zayn. Lying
bitch? Apa dah jadi dengan lelaki ini? Zayn yang dia kenal dulu tak
adalah sekasar ini. Dia pandang wajah Zayn dalam-dalam. Kecil besar kecil besar
sahaja dia nampak Zayn. Ini dah kira tahap melebihlah kan? Tak pernah seumur hidup
orang bercakap kasar dengan dia sampai macam ini sekali.
I’m lying bitch, huh? Habis dia tu suci sangat ke?
Kalau nak diingat kembali, bukan dia seorang sahaja yang bersalah dalam
hubungan mereka dahulu. Cukup-cukuplah Zayn hendak letakkan kesalahan di bahu
dia seorang.
Jazleen
berpaling mengadap Zayn.
“Tell me something. Did your
family know what a lying bastard you are?” sindir Jazleen.
You want to play nasty? Game on, mister!
Jazleen
tak tahu reaksi apa yang dia harapkan dari Zayn selepas dia bertanya soalan
macam itu. Yang pasti dia tak jangka reaksi Zayn akan sehebat ini…
Wajah
merah padam.
Gigi
diketap kuat.
Pandangan
penuh dengan rasa marah.
“What did you say?” Perlahan tapi cukup membuatkan bulu
roma Jazleen meremang. Seram. Lengan Jazleen dicengkam kuat.
“Zayn…”
Suara Jazleen dah terketar-ketar menahan rasa.
Tubuh
Jazleen ditarik dekat dengan tubuhnya. Matanya merenung tepat ke dalam anak
mata Jazleen.
“What.Did.You.Say?” soal Zayn sekali lagi. Masih lagi
dengan nasa suara yang sama. Cengkaman di lengan Jazleen dikuatkan lagi.
“Zayn…sakit!”
Jazleen cuba melepaskan diri dari cengkaman Zayn namun makin dia cuba meronta,
makin kuat si jejaka mencengkam. Oh
Tuhan, I really pissed him off!
"Tu
bukan cara layan perempuan, bro."
Tiba-tiba
ada suara lain yang berbunyi.
Zayn berpusing.
Mencerun mata memandang lelaki berseluar jeans dengan t-shirt yang tiba-tiba
muncul di belakang dia dan Jazleen.
"Aku
kenal kau ke?" tanya Zayn sarkastik.
Lelaki
t-shirt hitam tersenyum sinis.
"Tak.
Tapi aku kenal Jazzy."
"Jazzy?"
Kening Zayn dah naik sebelah. Di sisinya dia terdengar Jazleen sudah
mengeluh panjang.
“Iqram…”
Perlahan sahaja Jazleen menyebut nama si lelaki yang baru muncul.
Si
lelaki ber-tshirt hitam berjalan mendekati Zayn dan Jazleen. Sebaik
sahaja sampai di sisi Jazleen, selamba dia memeluk bahu Jazleen.
"Yes. Jazzy. My
sweetheart." Si
lelaki tersenyum sambil mengenyit sebelah matanya pada Jazleen.
"Sweetheart?" Suara Zayn dah bertukar
nada.
Lengan
Jazleen dilepaskan cepat. Wajah Jazleen direnung tajam. Kau memang tak pernah
berubah! Rasa benci pada Jazleen makin mendalam dirasakan.
“Jauhkan
diri kau dari keluarga aku Jazleen or
I swear to God…” Zayn tidak menghabiskan ayatnya.
Sengaja dia biarkan Jazleen sendiri yang buat
kesimpulan. Tanpa menunggu sebarang respon dari Jazleen, dia terus bergerak
pergi meninggalkan Jazleen dan Iqram.
Jazleen
dah mengeluh panjang.
Crap...crap...crap! Apalah malangnya hidup aku hari ni?
Lengannya yang perit diusap perlahan.
“Hey, are you ok?” tanya Iqram sebaik sahaja bayang Zayn
hilang dari pandangan. Lengan Jazleen yang merah dicengkam Zayn tadi dibelek
Iqram.
“I’m ok...”
Ok ke
dia? Entahlah. Sejak berjumpa semula dengan Zayn, dia sendiri dah tak tahu bila
masa dia ok, bila masa dia tak ok. Inilah agaknya yang dikatakan jiwa kacau!
“Macam
mana kau tahu aku ada di sini?” soal Jazleen.
“Aku
ke kafé. Kata budak kafé kau ke sini dengan seorang lelaki. Siapa dia tu,
Jazzy?” Iqram ingin tahu. Muka lelaki itu nampak familiar tapi dia tak pasti di mana dia melihatnya.
“Kau
kenal dia, Iq.”
“Hah? Aku kenal?”
Jazleen
mengangguk lemah.
“Penang.
Queensbay Mall. Three years ago.
Ring a bell?”
Berkerut-kerut
dahi Iqram mencerna kata-kata Jazleen. Sebaik sahaja semua titik yang berkaitan
dengan perkataan-perkataan itu berjaya dicantumkan, mata Iqram membulat.
“Jadi
itulah Zayn?”
Jazleen
mengangguk lemah. Itulah Zayn. Madu dan racun dalam hidup dia.
“Macam
mana boleh jumpa semula?”
Jazleen
ketawa tawar. “Small world, Iqram.
Siapa sangka dia rupanya abang kepada Ady.”
“What? Abang Ady? You
mean your friend, Ady? Syed Adlan?” Iqram minta kepastian.
“Yes. Syed Adlan Syed Roslan…”
Iqram
mengangguk faham.
“What a small world.”
“Yeah…”
Tiba-tiba
badan Iqram menegak. Dahinya berkerut seribu.
“Wait a minute! Kalau dia abang Ady, bukankah dia sepatutnya…”
Iqram pandang wajah Jazleen dalam-dalam.
Jazleen
ketawa perlahan. Iqram tak perlu habiskan ayat, dia sendiri cukup maklum apa
yang ingin ditanya Iqram.
“He had the gall to say I was insincere in
our relationship, but I guess I’m not the only one, huh?”
“I guess not,” balas Iqram perlahan.
Jazleen
tarik nafas dalam-dalam. Tiga tahun dia simpan rasa bersalah. Tapi dengan apa
yang dia lihat sekarang, perlahan-lahan rasa bersalah itu berganti dengan rasa
geram, marah dan tak puas hati. Fikirannya mula mencongak-congak. Tiga tahun
dahulu, apa sebenarnya yang benar dan apa yang sebenarnya yang tidak benar
dalam perhubungan dia dan Zayn Akmal?
DI DALAM kereta, Zayn genggam stereng kuat. Pandangan dihala ke arah taman, tempat dia tinggalkan
Jazleen dan lelaki bernama Iqram tadi. Tadi memang dia tidak perasan siapa
lelaki itu tapi sekarang, perlahan-lahan ingatan dia terhadap lelaki itu mula
muncul dalam fikiran. Tapi peliknya, apa yang sedang hati dia rasakan sekarang
ini bukan geram atau marah seperti tiga tahun dulu. Hati dia rasa pedih. Hati
dia rasa macam ditoreh-toreh. Cuma sebabnya bukannya kerana kemunculan Iqram.
Tapi demi sepotong ayat yang meluncur keluar dari mulut Jazleen tadi…
“Tell me something. Did your
family know what a lying bastard you are?”
Ya.
Hati dia pedih. Sangat pedih!
No comments:
Post a Comment