Wednesday, March 18, 2015

Bab 1 : September

JAZLEEN terus mengunci pintu selepas pelanggan terakhir keluar. Tanda ‘TUTUP’ yang tergantung di cermin pintu kedai dibalikkan. Muk-muk kosong di meja pelanggan terakhir dikutip lalu terus dibawa ke sinki yang berdekatan kaunter. Sejak tadi, setiap jejak langkahnya diekori. Tanpa mengendahkan kehadiran insan tersebut yang kini berdiri disebelahnya. Lengan baju terus disinsing hingga ke siku, lalu terus mencuci segala muk yang ada.
         “Come on Jaz, please?” Mukadimah yang entah keberapa kali dari Ady dengan memek muka mengalahkan Puss in Boots dah lagaknya .
        Kalau yang disebelah ini bergandingan dengan si Puss. Haruslah kecomelan Puss berganda-ganda. Tapi, yang ada dekat dengan Jazleen ni buatkan dia rasa hendak bagi penampar pun ada.
         “N-O!”
        Jazleen beri jawapan yang sama sejak Ady mula merayu sejam yang lalu. Sambil tangan masih  sibuk menyusun atur muk yang sudah siap dicuci ke atas para.
         “Jazleen…” Ady mula merayu tahap tak leh blah. Dengan harapan, terbukalah hati si teman hendak membantu.
        Jazleen menggeleng geram. SubhanaAllah, seriously? Ingat elok sangat buat rupa macam itu?
         “Ady, again and again the answer is NO! Kau nak aku cakap bahasa apa lagi ha Syed Adlan, baru faham?” Jazleen dah mula hilang sabar.
         Hendak kata belajar tak tinggi sampai tak reti bahasa, tak mungkin. Belajar sampai masuk universiti. Bukan calang-calang univeristi pula tu. Bukannya masuk university yang dikhususkan untuk bangsa dia saja.
         Ini memang univeristi yang perlukan keputusan cemerlang baru layak masuk. Dah tentu-tentu graduannya bukan calang-calng orang. Tapi benda senang macam “NO” pun susah nak faham, apa cerita?
         “Jaz, I’m desperate. Kau saja harapan aku. Kalau tak tolong, memang habislah impian aku selama ni, Jaz.” Ady dah mula buat suara sedih mendayu-dayu.
        Emotional blackmail! Tak aci betul! Jazleen dah mengeluh panjang. 
        Dia bukan tak nak tolong tapi bila melibatkan benda-benda macam ini dia jadi serik. Kali terakhir dia cuba tolong orang, hati dan perasaan dia jugak yang ‘terkorban’. Ingat senang ke dapat bangun semula lepas kecewa teruk macam dulu? Dia dah tak sanggup, bila mengingatkan pelajarannya yang hampir terkandas di tengah jalan. Kalau tak sebab…arghh! Jazleen menggeleng laju. Malas nak ingat kenangan lama.
         “Jaz…”
         “Apasal kau tak terus terang ja dengan famili yang kau tak setuju? Kenapa sampai nak kena buat sampai macam ni, serius aku tak faham?” Hairan betul dia kenapa yang Ady hendak ‘berdrama’ sampai macam ini.
        Kali ini giliran Ady pula yang mengeluh.
        “Dato Ali tu our family friend, Jaz. Kalau aku beritahu kat mama perangai sebenar anak dara Uncle Ali, confirm punyalah mama takkan percaya. Mesti kena ‘cop’ aku reka cerita sebab nak mengelak daripada kawin dengan Idura.”
         “Which is true kan Ady? Memang kau nak mengelak pun. But you’re her son. Tak masuk akal dia lebih percaya orang luar daripada anak sendiri. Totally mengarut, Ady!”
        Mengarut? Ya sesungguhnya semua itu mengarut tapi sebab perkataan M-E-N-G-A-R-U-T juga yang buatkan Jazleen terasa nak ketawa sendiri dengar ayat yang dia ucapkan. Cakap pada orang lain memang bunyinya macam orang terlebih pandai. Tapi bila kena batang hidung sendiri?
        Apa yang kau buat dapat buat Jaz? Dua kali lima saja tindakan kau macam yang Ady cuba nak buat sekarang ini. Jadi, memang tak mustahil apa yang Ady cakapkan itu. Sebab ada pada masanya memang keluarga sendiri akan lebih percayakan orang luar dari darah daging sendiri.
         “Kau tak payah nak terkejut Jaz, dia memang dah macam ni selalu,” sampuk Mira yang baru selesai menyusun buku dirak.
         “Dia selalu buat selama ni? Dah berapa kali kau buat benda ni, hah?” Jazleen pandang Ady tidak puas hati.
         Ady dengan riak muka serba salah, sebab ‘rahsia yang dah tak jadi rahsia’ dah mula bocor. Mira yang tersengih lebar di sebelah dijeling tajam. Kacau betul! Dia dah hampir berjaya hendak pujuk Jazleen tadi.
         “F-Y-I, dah selalu sangat Jaz. Sejak mama dia sibuk suruh kawin, member asyik dok guna method yang sama sebab nak mengelak. Asyik perburukkan calon-calon menantu terpilih sampai mama percaya. Yang sadisnya, candidates pompuan melayu terakhir pun jadi mangsa mulut dia ni.”
        Jazleen dah berkerut dahi. Makin tak faham jadinya.
         “So? Kenapa tak guna method yang sama kali ni?”
        Mira ketawa. “Sebab tembelang dah pecah, Jaz. Kali terakhir dia buat benda ni, keluarga belah perempuan dapat tahu. Apa lagi, terus gaduh besarlah. Sampai libatkan family business. Nasib baik dapat diselamatkan sebab ada abang long. Tapi sekarang ni, mama dia dah tak percaya dah bila melibatkan benda ni.”
         “Mira…” Ady tayang muka geram.
        Mira angkat kening.
         “Shut up!”
        Ketawa Mira pecah kembali bila melihat wajah sepupu yang dah mencuka. Dalam ketawa, ada juga rasa kasihan. Mana taknya, ibu saudara tak habis dengan misi mencari jodoh untuk si anak teruna ni walaupun sudah berkali-kali diberitahu yang Ady belum bersedia hendak berkahwin lagi.
         “Jaz, please?” Kali ini panjang harkat ‘please’ Ady.
         “Cari orang lainlah, Ady. I’m out! Aku tak nak terlibatlah dengan benda-benda macam ini.” Sebolehnya Jazleen cuba mengelak.
         “Jaz, aku kalau dah ada orang lain, memang tak adanya aku datang merayu kat kau dari tadi.”
        “Takkanlah kau tak ada kawan perempuan lain? Pergilah mintak tolong!”
        “Kawan perempuan memanglah ramai tapi susah la aku nak percaya!”
          “Apahal pulak?”
         “Aku tak nak sebab aku yakin later on, they will take this things seriously. Tapi dengan kau, lain lah sebab kau jenis liat so sure tak akan jatuh cinta dengan aku punya. Yang lain-lain tu, dibuatnya tangkap lentok dengan aku, lagilah besar masalah nanti. Aku nak selesaikan masalah, bukan nak tambah lagi serabut.”
        Jazleen mendengus perlahan. Ya Allah, perasan bukan main! Ingat diri tu hot stuff sangat ke sampai siapa yang berkawan dengan dia boleh jatuh cinta? Perasan nak mampus. Lagak diri tu macam kacak melampau. Ya ALLAH, kenapalah aku boleh terjebak dengan lelaki macam dia ni?
        “Eloklah tu kalau jatuh cinta. Terus kahwin. Selesai masalah kau!”
         “Kau tau kan yang aku hanya akan jatuh cinta dengan “dia” sahaja, Jaz.”
        Jazleen dah menggeleng. Faham sangat siapa ‘dia’ yang dimaksudkan Ady.
         “Kalau ‘dia’ lah yang kau tunggu, alamatnya sampai ke tua aku jadi pelakon tambahan kau!” tempelak Jazleen.
        “Eh, jangan risau lah. Aku confident punya aku jumpa dia balik. Bila dah jumpa, terus aku suruh mama masuk meminang. Don’t worry.”
        Ady menjawab dengan penuh keyakinan. Macam pasti sangat dengan apa yang dirancang dan akan jumpa semula dengan gadis misteri yang dah mencuri hati dia selama ini. Walhal, itu semua aturan Allah. Semua yang terjadi adalah dengan izinNya.
        Jazleen tarik nafas dalam-dalam. Memang kerja gila dengan apa yang akan dia lakukan nanti. Tapi bila mengenangkan akan kebaikan Ady yang dah banyak membantu dia selama ini, rasanya tak salah kalau gilirannya pula untuk membalas. Inilah akibatnya kalau dah banyak sangat termakan budi. Mujur tak sampai tahap tergadai body!
         “Fine! I’ll help!” balas Jazleen sambil merungut dalam hati, “I swear I’m going to regret this.”
         “Yes! Thank you, babe. Kaulah kawan aku dunia akhirat. Kaulah yang terbaik. Kaulah yang…”
         “Dah… dah. Save your breath. Tak payah nak puji aku melangit. Sekarang ni, beritahu aku sekali lagi apa yang aku kena buat?”
         Senyum Ady mula melebar bila mendengar jawapan Jazleen.
         “Senang je. For the first step. Malam ni, kau follow aku for family dinner. Aku introduce kau to the rest of family and kat mama as my G-F and kita dah plan nak kahwin. So, bila mama tengok aku dah ada kau, mesti dia stop punyalah kerja matchmaking ni.”
         “Fine! Tapi aku bagi kau tempoh tiga bulan. Dalam tiga bulan ni, kau buatlah apa saja untuk cari ‘dia’ kau tu. After that, apa pun yang jadi kita mesti stop this drama! Faham?”
        Langit runtuh sekalipun, lakonan ciptaan ini harus dihentikan selepas tiga bulan. Rasanya tak tertanggung dosa dek menipu orang tua. Ini pun rasanya malaikat di kiri kanan bahu dah mula mencatat tentang rancangan gila dia ini.
        Ady mengangguk setuju umpama lompat bintang. Mira di sebelah, dah mula geleng kepala kerana dapat mengagak bala yang akan dicipta.
         “I don’t like this plan, Ady, Jaz,” beritahu Mira. Entah kenapa dia dapat rasakan rancangan karut ni tak akan berakhir dengan jayanya.
         “Jangan risaulah, Mira. Kalau semua smooth according to plan, takkan jadi apa-apa la,” yakin saja Ady menjawab.
        Jazleen dah malas hendak bersuara. Bagi dia, Ady menang atas tiket kawan. Kawan baik yang telah banyak membantu dia selama ini. Kalau tidak kerana semua itu, sumpah hidup balik dia tak akan buat kerja gila ini. Berlakon jadi teman wanita Syed Adlan suka-suka? Apa sangatlah yang akan terjadi?
         
         
         
“WOW! Nice. Kan elok kalau kau selalu pakai macam ini. Cantik!” Puji Ady sebaik sahaja lihat kelibat Jazleen muncul di hadapan rumah.
        Jazleen memang manis orangnya tapi bila sesekali bergaya macam ini, makin terserlah kewanitaannya. Ady pandang Jazleen tak beriak. Mana tak, kawannya ini lebih selesa dengan berseluar jeans dan t-shirt. Ada masanya, blouse dan seluar slack jadi pilihan. Tapi hendak tengok Jazleen berbaju kurung atau berkebaya macam malam ini boleh kira dengan jari. Ataupun, hanya setahun sekali sahaja. Ketika raya!
         “Dah…dah…dah. Tak payah nak ambik hati aku. Jom gerak.” Jazleen terus bolos masuk ke dalam kereta.
        Sepanjang perjalanan, Ady mula buka cerita tentang keluarganya pada Jazleen. Tentang Puan Sharifah Hasnah, mama Ady. Tentang Tuan Syed Roslan, papanya. Tentang adiknya, Sharifah Adila. Dan tentang alongnya, Zain.
        Walaupun perkenalan di antara dia dan Ady agak lama, tapi tak pernah sekali pun dia bersua muka dengan keluarga Ady. Mana taknya, kaum kerabat dia bukan menetap di sini pun sepanjang persahabatan terjalin. Mama dan papanya menetap di London, sebab papa Ady bertugas dengan pejabat kedutaan di sana.  Cuma Ady sahaja yang tinggal di Malaysia. Hendak belajar berdikari katanya.
        Setengah jam kemudian, CRV Ady berhenti di hadapan sebuah rumah agam dua tingkat. Jiwa Jazleen mula tak tenteram dengan rancangan gila antara dia dan Ady. Cool Jaz, cool. You can do this!
         “Are you ready?” tanya Ady.
        Jazleen cuba kumpul segala kekuatan yang ada dalam diri. Sedia tak sedia, kena sedia jugalah. Dah terpacak depan rumah pun. Kalau dia kata tak ready, Ady sanggup ka nak bagi dia balik?
         “Jaz…”
         “What?”
         “Thank you for doing this,” Ady ucap ikhlas.
         “Whatever lah! Dah jom settle kan benda ni, semua sebelum kaki aku menderhaka and patah balik masuk kereta.” Jazleen dah tarik lengan baju Ady menuju ke pintu rumah.
         “Assalamualaikum…” sapa Ady sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Langkah dihala terus ke ruang tamu.
         “Waalaikumsalam…” jawab semua yang berada di ruang tamu.
        Jazleen dan Ady kini menjadi perhatian tiga pasang mata.
         “Hah, sampai pun. Mama ingat dah lupa jalan balik rumah tadi.” sindir Puan Sharifah Hasnah.
        Kalau tak disebabkan mulut si mama Ady yang sedang tersenyum manis, mati-matian Jazleen ingat si mama tu serius berbicara!
         “GPS ada, ma. Takkanlah sesat.” jawab Ady selamba.
         “Anyway, ma, pa, adik. Inilah Nur Jazleen, girlfriend Ady.” Tak tunggu lama, terus sahaja Ady mulakan sesi suai kenal.
         “Puan…” Jazleen tunduk sambil bersalaman dengan Puan Sharifah Hasnah. Kemudian tangan dihulur ke arah si adik yang bernama Adila.
         “Ishh…ada pula berpuan-puan. Panggil auntie je la,” tegur Puan Sharifah Hasnah sambil mengusap tangan Jazleen.
        Cantik budaknya! Pandai juga si anak ni memilih.
         “Ala, mama. Dah nak nak join our family pun, panggil mama terus je la lagi elok?” usik Adila diikuti ketawa daripada Puan Sharifah Hasnah dan Tuan Syed Roslan. Ady cuma tersengeh di sebelahnya.
        Jazleen pula hanya mampu tersenyum kecil. Mama? Erk…not going to happened young lady!
         “Eh, along mana?” tanya Ady tiba-tiba.
         “Along awak baru balik kerja. Tengah mandi agaknya. Adik, pergi tengok along dah siap ke belum. Ajak turun. Boleh kita terus makan.”
        Adila bangun. Namun baru beberapa tapak dia melangkah, ada suara garau yang kedengaran dari arah tangga.
         “I’m here, ma.”
        Jazleen kaget. Serta merta tubuhnya kaku. Hati terus berdetik. Suara tu…
         “Abang long…” Ady di sebelah dah berpusing mendapatan abangnya.
         “Bila sampai?” Si abang bertanya.
         “Baru je.” Si adik membalas.
         “So, where is my future sister in law?” tanya si abang lagi.
        Si adik ketawa. Lengan Jazleen dicuit perlahan, sebagai isyarat supaya si teman wanita olok-olok berpusing dan berkenalan dengan si abang.
        Jazleen pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Itu cuma perasaan kau, Jaz. Tak mungkin itu orangnya. Perlahan dia berpusing. Nafas dihela, mata dibuka perlahan. Sebaik sahaja mata terpandangkan sepasang mata bening yang  sedang mencerun memandang dia, Jazleen rasa macam nak menyorok dalam tanah masa itu juga.
      
        “Jaz, kenalkan, my big bro. Zayn Akmal. Bro, this is my beloved girlfriend, Nur Jazleen.” 
        “Jazleen?” Bibir Zayn dah tersenyum sinis.
        Teramat sinis pada pandangan mata seorang Jazleen. Jazleen kelu dah hanya mampu menelan liur. Yup. Perasaan dia memang tak dapat di nafikan lagi. Suara itu memang milik dia… Dan pada pendengaran dia sekarang ini,  namanya yang terpancul keluar terasa sungguh dalam versi mengejek bunyinya.
        Zayn Akmal.
        Adalah secebis dari kisah silam yang dia cuba dilupakan. 
        Saat ini, ketidak puasan hati Mira siang tadi bagaikan bermain-main di telinga.
         “I don’t like this plan.”
        Dan buat pertama kalinya sejak dia bersetuju dengan rancangan gila Ady ini, dia akui dengan pendapat Mira.
 And I should’ve listened to her! Ya Allah, this game just got complicated!

No comments:

Post a Comment