THEY said the best revenge is living well…
Manusia boleh menyayangi sepenuh hati. Tapi jika
sekali rasa sayang itu dikhianati, perasaan indah yang penuh di hati itu boleh
bertukar menjadi benci. Dan benci itu boleh merubah diri seseorang hingga
timbul rasa dendam di hati. Dendam yang lama kelamaan memakan diri.
Tapi…
Berbaloikah
menyeksa diri demi sebuah dendam?
Sampai
bilakah hendak dibawa luka di hati?
Bukankah
kemaafan itu mampu padamkan dendam dan mengubat luka?
Namun…
Maaf.
Sepatah
ayat mudah dilafaz sesiapa sahaja hingga ada masa ia hilang maknanya. Namun
maaf akan jadi mahal nilainya jika lafaz itu bersulamkan keikhlasan.
Musim
silih berganti. Hidup belum lagi terhenti.
Dia yang
bersalah, sudah acapkali memohon kemaafan.
Namun si
dia yang terluka, masih belum mampu memaafkan…
Dia menoleh,
pandang lelaki yang lena terbaring di sisinya.
Sampai
bila kita nak macam ni?
Jazleen
September …
Luruh cinta kerana dusta
No comments:
Post a Comment