AWKWARD. CAPSLOCK.
Gila janggal! Tak tahu nak pandang arah mana nak hilangkan rasa kebas di muka
dia waktu ini. Kalih pandang kanan, mata Rio, Hairul dengan Danial tengah tunak
pandang dia. Kalih pandang kiri, Adila tengah senyum kelat pandang dia. Pandang belakang, rasanya macam dah nak
berlubang kepala dia kesan pandangan tajam dari Ady. Pandang depan? Hati sendiri
yang tidak mahu sebab ada rasa pedih di situ melihat Zayn dengan Layla duduk
berdua. Yang Layla itu pun satu. Macamlah bangku itu tak cukup besar. Kenapa
nak duduk menempel sebelah Zayn juga? Duduk jauh sikit tak boleh?
Kiri,
kanan, depan, belakang. Semua tak boleh nak pandang. Sudahnya dia pandang wedges yang tersarung di kaki. Hurmm…I need new shoes. Yang tersarung di kaki
dah nampak lusuh pada pandangan mata dia.
“Ehem…”
Telinga
dia menangkap bunyi orang berdeham. Angkat kepala, nampak muka Ady tengan
pandang dia dengan pandangan semacam. Dia tak suka pandangan itu. Pandangan itu
seolah-olah ada perkara yang ingin Ady tanyakan tapi perkara itu bukan hal yang
menyenangkan hati Jazleen.
“Apa
hubungan kau dengan Abang Zayn?”
Terus
menusuk ke hati. Tak ada langsung mukadimah yang boleh buat dia nak bersiap
sedia menerima soalan berbisa macam itu. Mujur bukan tengah minum air. Kalau
tidak tak fasal-fasal ada adegan orang kena sembur dengan air terjadi.
“Bakal
abang ipar aku?” Jazleen sengih gaya orang tengah buat lawak tak berapa cerdik.
Ady
angkat kening. Not funny!
“Kau
memang dah kenal Abang Zayn kan?” Berkerut dahi si teman lelaki olok-olok. Dia
bukannya buta lagi. Mesti ada sesuatu antara alongnya dengan Jazleen.
Kalau
nak ikutkan, sejak hari makan malam dulu lagi dia dah nampak ada sesuatu yang
tak kena. Tapi dia cuba bersangka baik. Bila dia menangkap beberapa kali along
mencuri pandang ke arah Jazleen, dia beranggapan along sekadar suka memandang
sesuatu yang cantik. Bukannya ada niat apa-apa. Namun apa yang dilihat hari ini
membuatkan perasaan bersangka baik dia itu mula goyah.
Hari
ini bukannya setakat curi pandang malah si abang merenung Jazleen macam nak
ditelannya gadis itu. Tambah pula dengan Layla yang tiba-tiba buat perangai.
Kak Layla yang selama ini lembut cakapnya tiba-tibabermulut langsi macam itu.
Siapa tak pelik?
“Betulkan,
kau dah kenal dengan along sebelum ni?” Dia nakkan jawapan dari Jazleen malam
ini. Kalau tidak, mahu juga dia tidak lena tidur.
Jazleen
angguk. Tak tipu! Kan ke Ady dah kenalkan masa kali pertama dia ke sini dulu?
Jadi secara teknikalnya memang dia dah mengenali Zayn sebelum malam ini.
“Berapa
lama dah?”
“Err…”
Jazleen angkat jari, buat kira-kira. “Tambah tolak…adalah dalam seminggu!”
“Jazleen!”
Suara Ady dah naik satu nada tinggi. Tak puas hati gayanya bila terasa Jazleen
tengah main-mainkan dia.
“Laa…
betul apa. Last time aku datang sini,
kan kau dah kenalkan aku dengan abang kau tu. Lupa?”
“I’m serious, Jaz.”
“I’m serious too.” Ada rupa main-mainkah?
Ady
dah mengeluh. Bahu Jazleen ditolak perlahan, isyarat supaya Jazleen beri dia
ruang untuk duduk di sebelah Jazleen. Dengan tangan bersilang di dada, dia
toleh pandang Jazleen.
“Am I missing something here?”
“Maksud
kau?”
“Kau
dan along. Kau orang pernah kenal dulu kan?”
“Mengarut!”
Jazleen ketawa dibuat-buat. Pandangan terus menghala ke depan. Big mistake! Zayn tengah tenung dia
macam singa lapar. Terus dia kalih
pandang wedges di kaki. I seriously need new shoes!
“Jangan
main-mainlah Jaz. Apa yang aku nampak tadi bukannya perlakuan orang baru
berkenalan. Sekarang ni pun, kenapa yang along pandang kau macam orang tak puas
hati? Apa yang jadi sebenarnya ni? And
please don’t lie to me!”
Jazleen
mengeluh panjang. Kalau tidak kerana nada suara Ady yang separuh merayu, dia
akan teruskan juga menipu. Tapi lama mana pulalah dia mampu merahsiakan perkara
sebenar dari Ady? Lambat laun Ady akan tahu juga memandangkan mereka memang
berkawan.
“Aku
akan cakap sekali saja. Lepas ni jangan tanya aku apa-apa lagi, faham? It ends here.”
Ady
mengangguk. Buat ketika ini, dia terima syarat Jazleen itu. Tapi lepas-lepas
ini kalau ada lagi benda yang buat dia tertanya-tanya, dia tak akan berhenti
bertanya.
“I used to know him back in Penang. Time aku tengah study. We fell in love, it didn’t go well, we broke up. End of the
story.”
Whoa! Ternganga Syed Adlan dibuatnya. Along dengan Jazleen
pernah bercinta? Lepas itu hubungan itu tidak berjaya dan mereka putus? Dia yakin, kisah cinta Jazleen dan Zayn
bukan setakat itu sahaja. Mesti ada sesuatu yang terjadi. Kalau tidak,
takkanlah reaksi abang sulungnya sampai jadi begitu bila ternampak Jazleen.
Ady
mencongak. Jazleen datangnya dari Penang. Walaupun bukan anak jati Penang betul
sebab keluarga dia berhijrah ke sana dari Kuala Lumpur, tapi setiap kali
mengenalkan diri Jazleen mesti sebut dia dari Penang. Seingatnya, along ke
Penang tiga tahun lepas. Pergi bekerja dengan firma arkitektur bapa saudara
mereka di sana. Tak lama pun. Lebih kurang setahun saja. Masa itu along baru balik
dari UK. Itupun lepas jenuh mama
pujuk along balik bekerja di Malaysia. Kalau ikutkan alongnya, memang nak
teruskan bekerja di UK saja.
Balik
Malaysia, duduk seminggu di Kuala Lumpur, along terus beritahu dia akan bekerja
dengan syarikat Ayah Teh Rashdan di Penang. Masa pergi ke Penang, alongnya elok
lagi. Boleh dibawa bergurau, boleh dibawa berbual. Walaupun tak semesra sebelum
dia ke Edinburgh dulu, tapi boleh lagilah dia nak bergurau senda dengan along.
Tapi balik sahaja dari Penang, memang berbeza sungguh sikapnya.
Jangan
kata nak bertepuk tampar, nak buat lawak tak berapa cerdik depan along pun tak
boleh. Kalau angin dia baik, dia pakat jelling je bila Ady buat lawak bodoh
itu. Tapi bila sampai angin dia tak baik, siap kena jerkah lagi.
Bila
difikir-fikir semula, memang tak salah telahan dia. Memang ada sesuatu yang
berlaku pada Zayn sewaktu di Penang dulu. Dan sesuatu itu pasti melibatkan
Jazleen.
“Jaz…”
“No, Ady. End of story. Jangan tanya aku apa-apa lagi.”
“Tapi…”
Jazleen
toleh pandang Ady. “Aku sayang kau. Aku tak nak berbohong pada kau. Tapi kalau
kau terus-menerus bertanya, tak mustahil aku berbohong. Trust me, Ady. The less you know, the better.”
Bukannya
dia tak nak berterus-terang. Tapi kalau dia berterus-terang, dia terpaksa
ceritakan perkara yang lain-lain juga pada Ady. Ada perkara dalam hidup dia
yang patut kekal sebagai rahsia sahaja. Sebab bagi dia, kebenaran itu tak akan
bawa apa-apa makna pada dirinya.
“Ok. Fine. Aku cuma nak tahu satu perkara saja…”
“Apa
dia?” Malas-malas dia bertanya. Tanyalah, belum tentu dia akan jawab.
“Siapa
yang putuskan? Kau atau dia?” Dia perlu tahu jawapan itu sebab jawapan itu
sedikit sebanyak boleh memberi dia jawapan kepada perubahan si abang.
“Angah…Kak
Jaz, jom main fireworks?”
Belum
sempat dia menjawab, nama mereka diseru Adila. Save by Adila! Tak tunggu lama, Jazleen bangun nak mendapatkan
Adila yang sedang berdiri dengan Danial, Rio dan Hairul. Tapi sempat juga Ady
tarik lengan dia sebelum dia sempat melangkah.
“You still owe me an answer…”
Jazleen
senyum tawar. “Dia…aku. Apa bezanya, Ady? Kesudahannya tetap sama…” Dia tetap
hilang cinta Zayn.
Jazleen
terus menapak ke arah Adila yang tengah teruja dengan beberapa jenis bunga api dan mercun.
“Mana
dapat ni?” Bulat matanya melihat himpunan bunga api di atas rumput. Bukankah
benda ini semua masuk kategori bahan larangan. Silap-silap boleh kena tangkap
dengan polis.
“Stok
raya tahun lepas. Konon nak pulun main masa malam raya. Tapi Jiji, anak buah
kami, jari terkena api masa main bunga api. Terus tok dengan mak tok suruh
berhenti main. Terpaksalah simpan…”
Jazleen
ketawa. Dah besar panjang pun takut dengan tok dan mak tok lagi?
Dapat
mengagak Jazleen sedang ketawakan mereka yang takut dengan tok dan mak tok
sendiri, Hairul lekas-lekas menyampuk.
“Eh…
Jaz jangan gelak. Jaz belum jumpa tok dengan mak tok lagi. Dalam cool dia orang
tu, sekali kena jeling, boleh bergetar kepala lutut tau.” Hairul buat aksi
orang menggeletar ketakutan.
Kali
ini Danial, Rio, Adila dan Ady yang dah menyertai mereka turut sama ketawa.
Adila
menyerahkan kepadanya beberapa batang bunga api. Di atas meja, ada dua buah
pelita yang dah siap dinyalakan. Bila melihat Zayn dan Layla dah mara
menghampiri mereka, cepat-cepat Jazleen capai satu pelita dan bawa lari jauh
sedikit dari mereka. Dia dapat rasa renungan tajam Zayn tapi sebolehnya dia
buat tak tahu.
Sedang
asyik ralit bermain bunga api sendirian di sudut halaman rumah besar itu,
tiba-tiba dia terasa ada seseorang datang menghampirirnya.
“May I
join you?”
Kalau
cakap tak boleh, nampak sangat kurang ajarnya. Tapi nak jawab, silakan, rasa
macam menjerut leher sendiri sahaja.
Macam
tahu-tahu yang dia keberatan, Rio cepat-cepat bersuara.
“Hey, chill. I promise I won’t ask you
anything. Cuma nak join you main bunga api, je. Boleh?”
Jazleen
serba salah. Mata pandang Rio kemudian pandang ke arah kumpulan manusia
berhampiran mereka. Bila pandangan berlaga dengan pandangan tajam Zayn,
perasaan serba salahnya menjadi bertambah kuat. Dah kenapa pula aku nak rasa
bersalah ni?
“Jangan
risau. Dia tak akan berani nak buat apa…”
“Huh?”
Terkebil-kebil dia pandang Rio, tak faham dengan maksud lelaki itu.
“Kalau
you takut Zayn mengamuk, jangan risaulah. Dia tak akan berani nak buat apa-apa
dengan keadaan orang ramai macam ini. Silap-silap kena soal siasat dengan
auntie dan uncle. Elok-elok benda tu rahsia, terus terbongkar…”
“Benda
tu?”
Apa
maksud Rio ni?
Rio
ketawa kecil. “You know what I mean,
Jazleen. Do you need me to spell it out for you?”
Jazleen
terdiam. Terasa macam Rio nak permainkan dia saja. Sudahnya dia bisukan diri,
layan bunga api.
“Look, for your sake, end it with Ady.”
Jazleen
dah tarik nafas geram. Zayn buat permintaan, dia boleh terima. Dah tentu-tentu
abang kepada Syed Adlan. Tapi mamat rambut pacak ni apa hal pulak yang nak
campur urusan hidup dia?
“Who are you?” Mode nak jadi perempuan cakap lepas dah mula masuk.
“Huh?”
Rio buat muka terpinga-pinga.
“You
ni siapa? My brother? Ady’s brother?
Seingat I tadi, auntie kenalkan you sebagai kawan Zayn. Jadi apa hak you nak
suruh I putuskan hubungan dengan Ady?”
Habis
sinis dia bertanya. Janganlah cari pasal dengan dia kalau dia tak ada buat
apa-apa. Memang kepantangan betul!
“Apa
saja yang I buat, tak ada kena mengena dengan you. Sebabnya senang saja, antara
kita bukannya sesiapa sampai you kena masuk campur urusan I. I know what I’m doing dan selagi tak
mendatangkan mudarat kepada orang lain, I tak rasa apa yang I buat tu salah. So, with all due respect, stay out my
business.”
Sisa
bunga api dibuang ke lantai. Baru beberapa langkah dia bergerak, Rio seru nama
dia.
“Kalau
you bersama dengan Ady, bermakna you akan jadi sebahagian daripada keluarga ni.
Can you honestly tells me, you can be
near Zayn without breaking down? Hmm?”
Kaki
Jazleen terkaku tiba-tiba. Gaya cakap macam Rio risaukan dia. Apahal dengan
lelaki ni?
“Can you honestly tells me you can get
along with Zayn? Boleh you
jamin perasaan lama antara you berdua tak wujud lagi?”
Can I? Belum sempat dia hendak menjawab, tiba-tiba iPhonenya
bergetar dari dalam poket seluar.
Telefon
dikeluarkan dan melihat nama yang muncul, laju jari menyapu skrin.
“Hello?
Mak Cha?”
Dan
apa sahaja yang disampaikan oleh Mak Cha di hujung talian buat dada Jazleen
berdebar hebat.
“Saya
balik sekarang!”
Dia
terus berlari ke Ady.
“Ady,
aku kena balik.”
“Kenapa
ni? Apa yang dah jadi?” Risau Ady melihat wajah panik Jazleen.
“Aku
kena balik…” Tolonglah faham bahasa tubuh dia. Dia tak nak orang lain tahu.
Faham
dengan riak muka Jazleen, Ady mengangguk walaupun dia tak tahu secara
terperinci apa yang terjadi. Yang dia tahu, ia pasti ada kena mengena dengan
orang di rumahnya. Bukan pertama kali Jazleen tiba-tiba nak balik ke rumah
macam ini.
Selepas
meminta diri dari semua, mereka terus ke kereta Ady. Pertanyaan dari Zayn pun
tidak diendahkan. Dia tahu, Zayn marah tapi dalam waktu begini, ada perkara
lain memerlukan perhatian dia. Bukannya amarah dari Zayn.
Setengah
jam kemudian, kereta yang dipandu Adi tiba di hadapan rumah teres setingkat
sewaan Jazleen. Sebaik sahaja kereta Ady berlalu pergi, Jazleen cepat-cepat
masuk ke dalam rumah.
Masuk
sahaja ke dalam, dia ternampak kelibat seorang wanita yang seusia dengan ibunya
sedang mengutip serpihan pinggan pecah di atas lantai. Throw pillow yang selama ini elok tersusun di atas sofa dah
bersepah-sepah di atas lantai. Beberapa buah buku di rak buku ada di atas
lantai. Jazleen mengeluh lemah.
“Mak
Cha…”
Mak
Cha tersenyum nipis memandang Jazleen.
“Salah
Mak Cha. Dia tak nak makan, Mak Cha paksa dia makan. Lepas tu dia naik angina.
Bukan apa, Jaz. Dari pagi dia tak nak makan. Mak Cah risau kalau gastrik dia
datang…”
Jazleen
senyum faham. Dia tak salahkan Mak Cha. Wanita itu cuma menjalankan kerja dia.
Nak salahkan si dia yang mengamuk pun tak boleh sebab memang azalinya dia
begitu.
“Mak
Cha pergilah rehat. Kejap lagi Jaz kemas.” Seharian Mak Cha kena mengadap si
dia. Pati penat hendaknya hari ini dia buat perangai tantarum dia.
“Eh...tak
apa. Sikit lagi ni. Jaz pun mesti penat kan? Pergilah tengok dia.”
“Dia
makan tak Mak Cha?”
Mak
Cha menggeleng. Jazleen pasang langkah ke dapur. Segelas susu suam disediakan
bersama dua keeping sandwich telur. Kemudian dia bergerak menuju ke bilik
bersebelahan dengan biliknya. Perlahan daun pintu ditolak. Kelibat seorang
kanak-kanak lelaki yang sedang duduk di atas katil menyapa pandangan.
“Ariq…”
Ariq
angkat kepala memandangnya. Senyuman lebar terbit di wajah comel itu.
“Mummy!”
Jazleen
senyum segaris. Inilah dia, madu dan racun dalam hidupnya.
Muhammad
Ariq Abdullah.